Wednesday, 5 July 2017

Torres sambung kontrak setahun di Atletico




MADRID: Fernando Torres akan terus kekal bersama Atletico Madrid sehingga akhir musim depan selepas menandatangani kontrak lanjutan, umum kelab itu awal pagi tadi. Kontrak bekas penyerang antarabangsa Sepanyol itu sudah pun sampai tamat namun kontrak baharu ini bakal menyaksikan Torres akan kekal di Atletico sehingga 30 Jun 2018. 

Kelab berpangkalan di ibu negara Sepanyol itu kini dihalang melakukan sebarang transaksi perpindahan pemain namun pengendalinya, Diego Simeone masih berjaya menutup musim lalu dengan baik dan berjaya mengekalkan Antoine Griezmann sehingga 2022. "Saya sangat gembira untuk meneruskan khidmat untuk tempoh setahun lagi," kata Torres menerusi laman web kelab itu. Torres menyertai akademi Atletico seawal usia 11 tahun dan sudah pun menjaringkan 91 gol dalam 244 penampilan di peringkat senior sejak 2001 hingga 2007. 

Sejak ke Liga Perdana Inggeris dengan menyertai Liverpool dan Chelsea, Torres kembali ke Atletico, bermula secara pinjaman pada 2015 sebelum mengikat kontrak tetap pada musim panas lalu. Penyerang 33 tahun itu berjaya menjaringkan gol pada aksi terakhir Atletico di Vicente Calderon menentang Athletic Bilbao sebelum kelab itu beralih ke venue baharu di Estadio La Peineta. Bersama skuad kebangsaan Sepanyol, Torres menjaringkan 38 gol, memenangi Euro 2008 yang menyaksikan beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan akhir menentang Jerman dan menjulang Piala Dunia 2010. - AFP


No comments:

Post a Comment

Pesakit Covid-19 jumpa BOMOH

Pesakit Covid-19 jumpa BOMOH https://youtu.be/Ebb5_AhDDEE