Monday, 17 July 2017

Anwar pimpin Pakatan Harapan, dibantu Mahathir

KUALA LUMPUR 14 JULAI: Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam mengumumkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu gabungan itu untuk menumbangkan rejim Umno BN dalam pilihan raya umum akan dating.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan media menerusi satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN selepas mesyuarat majlis itu semalam.
Anwar dinamakan sebagai ketua umum Pakatan Harapan dan akan dibantu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Pakatan Harapan.
Kenyataan media tersebut ditandatangani Dr Mahathir, Wan Azizah, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.
Kenyataan sama turut menzahirkan keazaman untuk mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar yang kini dipenjara selama 5 tahun akibat Fitnah II.
“Pakatan Harapan memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
“Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya,” kenyataan itu dipetik.
Berikut adalah senarai penuh struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu:


Ketua Umum:
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Pengerusi:
Tun Dr Mahathir Mohamad
Presiden:
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan-Timbalan Presiden:
YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
YAB Lim Guan Eng
Tuan Haji Mohamad Sabu
Naib- Naib Presiden:
YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir
YB Chong Chieng Jen
Tuan Haji Salahuddin Ayub

No comments:

Post a Comment

Pesakit Covid-19 jumpa BOMOH

Pesakit Covid-19 jumpa BOMOH https://youtu.be/Ebb5_AhDDEE