Sunday, 23 July 2017

Iran, Iraq meterai kerjasama ketenteraan




        

DUBAI: Iran dan Iraq hari ini menandatangani perjanjian untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan dan memerangi keganasan serta kegiatan pelampau'.

Agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan, kesepakatan yang dimeterai di Tehran itu mungkin menimbulkan kebimbangan di Washington.

Menteri Pertahanan Iran, Hossein Dehghan dan rakan sejawatannya, Erfan al-Hiyali, menandatangani memorandum persefahaman yang turut meliputi keselamatan sempadan, logistik dan latihan.

"Memperluas kerjasama dan bertukar pengalaman dalam memerangi keganasan dan pelampau, keselamatan sempadan dan bantuan pendidikan, logistik, teknikal serta ketenteraan adalah antara peruntukan yang terkandung dalam memorandum ini," lapor IRNA.

Hubungan Iran-Iraq bertambah baik sejak musuh lama Iran, Saddam Hussein, digulingkan pada 2003 dan apabila kerajaan Iraq diketuai oleh Islam Syiah.

Iran adalah negara majoriti Syiah.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyuarakan kebimbangan mengenai apa yang disifatkannya sebagai pengaruh Iran yang semakin meningkat dalam konflik di Syria, Yaman dan Iraq.

Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat memuncak sejak pemilihan Trump, yang sering menuduh Tehran menyokong kumpulan militan dan menjejaskan wilayah itu.

No comments:

Post a Comment

Pesakit Covid-19 jumpa BOMOH

Pesakit Covid-19 jumpa BOMOH https://youtu.be/Ebb5_AhDDEE