MANILA: Legenda tinju
Filipina, Manny Pacquiao hari ini menggesa Pertubuhan Tinju Dunia (WBO)
mengkaji semula 'keputusan tidak adil dan tiada pemantauan' selepas tewas
gelaran welterweight kepada peninju Australia, Jeff Horn. Pacquiao meluluskan
permintaan formal oleh Majlis Sukan dan Hiburan Filipina supaya WBO melihat
semula keputusan pertarungan di Brisbane, Ahad lalu.
"Saya sayangkan tinju
dan saya tidak mahu melihat ia berkubur kerana keputusan tidak adil dan tiada
pemantauan," kata Pacquiao, 38, dalam kenyataan dikeluarkan pejabatnya.
"Saya menerima keputusan itu tetapi selaku pemimpin, pada masa yang sama
seorang pejuang, saya ada tanggungjawab moral untuk mempertahankan semangat
kesukanan, kebenaran dan keadilan di mata umum," kata Pacquiao yang juga
seorang senator.
Pada kemuncak karier
profesionalnya selama 22 tahun dengan memenangi gelaran dunia dalam lapan
kategori, Pacquiao meminta pertarungan semula, namun akhirnya berkata dia juga
'berat memikirkan' mengenai persaraan. Walaupun ramai tidak memberi harapan,
Horn, 29, mengejutkan Pacquiao dengan persembahan sangat agresif untuk
memberikan kemenangan sebulat suara dalam pertarungan 12 pusingan itu.
No comments:
Post a Comment