Jakarta: Hasrat Selamat Riyadi
remaja berusia 16 tahun untuk membawa isterinya, Rohaya berbulan madu di
Jakarta akhirnya tercapai selepas pasangan itu dijemput menghadiri satu program
bual bicara di sini.
Selamat dan Rohaya, 71,
mencetuskan fenomena apabila berita perkahwinan mereka tersebar di media sosial
baru-baru ini.
Perkahwinan pasangan itu yang
berbeza umur 55 tahun menjadikan mereka tumpuan media sehingga mendapat gelaran
‘pasangan fenomena’.
Kelmarin, pasangan itu berlepas
ke Jakarta selepas dijemput stesen televisyen Trans7 untuk menghadiri satu
program bual bicara.
Selamat yang ditemui sebelum
berlepas ke Jakarta berkata, dia gementar kerana kali pertama menaiki kapal
terbang tetapi gembira kerana hasratnya membawa isterinya berbulan madu di
Jakarta akhirnya tercapai.
“Sebelum berkahwin memang saya
berhasrat mahu membawa isteri berjalan melihat Tugu Monas (Monumen Nasional).
“Kalau ada kesempatan pasti saya
bawa ke sana nanti,” katanya yang dipetik Bangka Pos.
Ketika tiba di lapangan terbang,
pasangan itu juga dikerumuni orang ramai yang mahu bergambar dengan mereka.
Selamat kelihatan kurang selesa
dengan tumpuan orang ramai tetapi Rohaya teruja bersalam dan bergambar dengan
pengunjung di lapangan terbang.
No comments:
Post a Comment