Video muzik ‘Gangnam Style’ yang
mencetuskan fenomena menari di peringkat global dan viral hingga hampir
‘memecahkan’ YouTube akhirnya disingkirkan daripada puncak video paling banyak
ditonton.
Selepas empat setengah tahun menjadi video YouTube paling banyak ditonton, ‘Gangnam Style’ akhirnya jatuh ke tangga kedua digantikan oleh ‘See You Again’, persembahan Wiz Khalifa dan Charlie Puth.
Pencapaian ‘Gangnam Style’, yang mengisahkan kehidupan penduduk daerah Gangnam di Korea Selatan turut mengejutkan penyanyinya, Psy, yang sebelum itu tidak begitu dikenali di luar Korea Selatan.
Video itu menjadi yang pertama mencecah 1 bilion tontonan di YouTube sehingga menyebabkan jurutera laman berkenaan bertungkus-lumus membuat perubahan apabila ia mencapai 2.1 bilion tontonan.
‘Gangnam Style’ yang ditonton sebanyak 2.895 bilion kali di YouTube, jatuh ke tempat kedua, di bawah ‘See You Again’.
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2017/07/gangnam-style-bukan-lagi-nombor-1-despacito-lagu-fenomena.html#ixzz4mjXTwu5d
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
No comments:
Post a Comment